Ubat Norculut

http://4.bp.blogspot.com/-TDSGihH2ehs/UvOyNJRqMoI/AAAAAAAAAAc/tVKH64_s2TM/s1600/2.gif
Bookmark and Share
Saya sering memberi ubat ini kepada pesakit2; ramai yang tertanya2 apakah ubat ini.
Ubat ini adalah sejenis hormon progesterone (hormon wanita) yang yang dicerakin atau synthetic bukan asli. Nama sebenar ialah Norethisterone dan setiap tablet mengadungi 5 mg norethisterine.
Ubat ini bertindak dalam rahim dan pada sistem kawalan hormon wanita.

Apakah Kegunaan Ubat Norculut?

1. Menangguhkan datang Haid
Untuk sesuatu tujuan saperti pergi Haji atau Umrah , bila makan tablet Norculut dari mula hingga akhir , ia membolihkan wanita buat amal ibadat saperti solat, wukuf diarafat dan buat umrah dalam seluruh tempoh waktu ia ditanah suci.
Ada juga yang ingin berpuasa seluruh bulan ramadan tanpa diganggu haid. Norculut bolih tangguhkan haid sampai ke hari raya.
Ada juga yang ingin tangguhkan haid kerana ia akan bernikah, atau ia ingin berbulan madu diluar negara. Ada pula yang ingin tangguhkan haid utuk menghadapi ujian atau peperiksaan atau temu duga untuk satu jawatan penting dan jika ia sedang haid ia akan mengalami senggugut yang amat teruk, sakit kepala , muntah2 dan lain2  gejala. makan norculut bolih tangguhkan haid selama kita mahu tanpa apa2 kesan sampingan.

2. Untuk rawatan penyakit endometriosis dan adenomyosis.
Rawatan terbaik untuk penyakit2 tersebut ialah pembedahan untuk  buang cyst dan tumbuhan serta betulkan kedudukan rahim jika ia retroverted ( jatuh kebelakang kearah tulang tonking). Tetapi jika seseorang enggan bedah kerana munkin pernah dibedah sebelum ini atau atas sebab2 peribadi, pilihan lain ialah ubat norculut yang dimakan secara terus  menerus selama 3, 6 atau 9 bulan. Ketika makan norculut pesakit tidak datang haid tapi tidak hamil. jika ia mahu hamil, berhenti ubat lepas 3 bulan dan cuba hamil selama 3 bulan. Lepas makan norculut dan berhenti, pesakit akan mengalami 'rebound fertility'.

3. Merawat 'hormon imbalance' Prenstrual   tension (PMS) dan menopos.

Norculut digunakan untuk berbagai masalah wanita. Pada wanita yang sering mengalami kitaran haid tidak teratur, perdarahan tidak tentu masa dalam kitaran haid, norculut bolih digunakan untuk membetulkan  kitaran haid.
Begitu juga bagi mereka yang mengalami gejala2 PMS saperti  migraine, loya, bengkak kaki , moody dan lain2. Norculut bolih juga digunakan sebagai hormon gantian pada wanita menopos.

Rawatan Kesuburan

Dalam beberapa situasi norculut digunakan, saperti bagi pesakit PCOS yang tidak datang haid, norculut diberikan selama 7 - 10 hari, haid akan datang 3-4 lepas habis norculut. Bila haid bermula, ubat subur clomid bolih mula di makan pada hari ke 2-3 haid. Jika ia hamil sedang makan norculut, ubat ini ada kesan menguatkan kehamilan dan tiada kesan sampingan kepada janin.

Ada kalanya haid tidak keluar sebab karung telor (follicle) tidak pecah sewaktu penetasan berlaku dan ia menimbulakan tumbuhan follicular cyst yang biasanya memengadungi air,  rawatan dengan norculut 2 biji sehari selama 20 hari boloh memecahkan cyst tersebut tanpa kesan sampingan.

Bagi mereka yang tidak subur sebab 'corpus lueal defects' disebabkan kurang hormon progesterone, duphaston atau norculut bolih diberikan mulai hari ke 20 selama 7 - 10 hari.

Dos Norculut dan jangka masa makan ubat.

Untuk kebanyakan situasi yang saya nyatakan diatas, dos norculut ialah 2 biji (10 mg) dimakan 2 kali sehari selama tempoh yang diperlukan, saperti 40-50 hari untuk pergi haji, 10-20 hari untuk umrah, Jika berlaku perdarahan walaupun mengikuti dos yg dicadangkan, tingkatkan dos dengan makan 3 -4 kali sehari sehingga perdarahan berhenti dan teruskan makan 2 kali sehari  sampai pulang ketanah air.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar