Saya dari MERSING Johor,Baru-baru ini saya ada memasuki laman web doctor untuk mendapatkan maklumat berkenaan mendapatkan zuriat,Alhamdulillah banyak sekali maklumat dan kini saya sudah mula faham serba sedikit berkenaan pekara diatas.Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih atas pengkongsian ilmu yang bermanafaat ini akan saya gunakan dan sampaikan pada yang memerlukan,semuga allah memberikan kejayaan dan keberkatan pada doctor....amin.
Sebenarnya saya telah mendirikan rumah tangga hampir 14 tahun,saya telah dikurniakan anak setelah hampir 7 tahun berkhawin dan kini anak pertama telah masuk usia 6 tahun,apa yang menjadi permasalahan saya dan isteri kami ingin menambah zuriat lebih ramai lagi kalau boleh kembar, tapi sehingga kini kami masih mencuba apatah lagi memandangkan usia kami sudah menjangkau 35tahun,kerisauan semakin kami rasai.saya ingin mendapatkan pandangan ikhlas dan cadangan dari doctor,seandainya doctor di JB rasanya saya tentu sudah berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya,saya tidak tahu harus kemana kerana khuatir dengan takut ditipu dengan orang yang tidak bertauliah...kami tiada masalah keewangan insyallah rezeki yang ada rasanya mencukupi untuk buat IVF,tapi saya harapkan doctor dapat bagi cadangan sebelum IVF dilakukan.
Masalah untuk memperolehi zuriat yang pertama dahulu ialah isteri saya kitaran haid tidak menentu kekadang datang pada bulan itu tapi tak lama 2-3hari je kadang2 5hari dan selalunya sampai 2-3bulan tak datang haid.semasa buat check up dihospital poliklinik pasir gudang jumpa pakar sakit puan JB ujian sperma dia kata ok,ujian salur peranakan wife ok Cuma telur tak besar2 dan lambat matang.sememangnya wife saya kata dari sebelum khawin kitaran haid dia tak menentu.pakar poliklinik tu bagi ubat dan beliau pantau sehingga isteri saya disahkan mengandung anak pertama..alhamdulillah.tapi kini pakar poliklinik tu kini telah berpindah dan saya masih tercari cari pakar yang sesuai,sekiranya doctor ada kenalan atau cadangan dikawasan tempat tinggal saya dapatlah kiranya membantu,untuk ketempat yang jauh agak sukar bagi saya kerna komitment berkerja outstation selalu.saya tinggal di felda tenggaroh 5 mersing johor.rasanya jika sekitar kota tinggi atau johor insyallah saya tiada masalah untuk hadir apa yang penting pakar sakit puan yang bertauliah dan berpengalaman seperti doctor.
Sekian terima kasih,
Wasalam,
Dari cerita saudara, isteri tuan munkin mengidap apa yang digelar 'Polycystic Ovary Syndrome' atau PCOS. Alhamdulillah status kewangan sdr baik dan ini membolihkan anda dapat rawatan pakar. munkin IVF belum diperlukan lagi. Dalam PCOS masalah utama memanglah telor sukar matang/menetas, dan ini punca utama sukar hamil.
Jika isteri anda gemok , penting sangat beliau kuruskan badan sehingga 60 - 65 Kg dengan amalan 'dieting' , kurangkan makanan bergula dan yang mengandungi karbohaidret. Jauhkan sama sekali 'fast dan junk foods'. Lebihkan sayur2 dan buah2.
Untuk rangsang pematangan telor, ubat clomid dos tinggi 200mg (4biji) atau 250mg (5biji) sehari selama 5 hari mulai hari ke 2 atau ke 3 haid. Pematangan telor bolih dikesan dengan melakukan vaginal scanning.
Jika ubat clomid gagal, cuba pula suntikan hormon, tapi harga agak mahal sedikit munkin dalam RM 2000 untuk satu rawatan.
Jika itu pun gagal , munkin bolih lakukan pembedahan 'laparoscopy + ovarian drilling'
Sdr bolih datang keklinik saya untuk dapat rawatan2 tersebut atau dimana2 hospital pakar diJohor Baharu. Sila hubungi staff klinik saya.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar